Klik dan dapat RM..

Pulau Payar

2:29 AM Edit This 0 Comments »
Pulau Payar, pulau yang sangat menarik pada saya sebab coralnya. Dan juga ada pantai yang sangat putih dan belum terusik. Saya sebenarnya pergi ke Pulau Payar pada Jan 2004. Masa tu belum kena Tsunami lagi. Kami pergi satu keluarga, bawak anak kecik baby lagi umur 10 bulan, dan 22 bulan, kakaknya umur 4 tahun. Havoc tak havoc? Tapi ada bawak maid yang muda remaja lagi nama Tini.

Masa tu ada dua pelantar kat Pulau Payar. Ini pelantar yang ada bot-bot mewah. Sementara itu satu lagi pelantar untuk yang bot-bot biasa. Bot biasa ni yang macam curise tu, yang boleh muat dalam 50 orang bot besar. Pakej tu dia sediakan makan tengahari dan minum pagi. Bertolak jam 9 pagi, dan balik jam 3 petang. Harga masa tu RM40 per person, budak half price, baby free.


Yang ni bot kecik untuk bawak kita dari kapal ke pelantar tu.


Kemudian anak sulong tu pun dia nak gak berenang snorkeling, last-last kaki dia kena kat landak laut. Masa tu panik semacam sungguh. Almaklum tak pernah la snorkeling, tup tup terpijak landak laut! Bawak pergi kat team penyelamat, dia cuma spray cuka, dia kata tak beracun, tak de apa-apa, cuma nanti tunggu la dia akan baik sendiri, amek masa juga lah nak baik tuh.. memang sungguh dekat 2 bulan jugak terjenket2...

0 comments:

Klik sini

Suci Dalam Debu - Iklim