Klik dan dapat RM..

Beras Terbakar Langkawi

1:22 AM Edit This 0 Comments »



Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, masuk percuma dan bergambar di hadapan papan notis yang ada kotak pameran beras2 yang terbakar.



Kisah tentang beras terbakar ni sebenarnya adalah akibat dari ancaman dari pihak siam untuk menyerang langkawi yang masa itu kaya dengan sawah padi. Bagi mengelakkan padi2 tersebut dirampas, Dato' Karma Jaya - mereka telah menanam padi di dalam tanah di kawasan ini. Malangnya untuk mengelakkan padi2 dijumpai oleh pihak siam, mereka telah membakarnya. Dalam kotak tersebut boleh lihat kesan2 beras terbakar. Back to 80s, masa ni banyak lagi beras2 terbakar yang diatas tanah, tapi sekarang dah tiada lagi beras2 atas tanah tersebut. Yang tinggal hanya tanah yang dikandang dengan pagar, dan beras tersebut dimasukkan kedalam kotak pameran.


Yang pelik disini, ikut kata lagenda, Beras terbakar ni boleh dilihat timbul atas tanah terutama sekali bila selepas hujan. Disebelah tanah ini terdapat sebuah rumah lama yang masih dikekalkan, dibelakang rumah ni memang ada tinggal orang disitu. Zaman 90s boleh nampak orang yang duduk disitu dan aktiviti biasa dia macam memasak, dan lain-lain. Tapi sekarang beberapa meter sebelum sampai ke kawasan ini, terdapat banyak gerai2 jualan di kiri kanan lorong menuju ke pintu gerbang beras terbakar.


Di sini boleh lah borong kain-kain batik (murah-murah dan berkualiti). Serta baju-baju budak-budak yang ada tulisan langkawi (glow in the dark). Kat sini pun ada jual minyak gamat asli langkawi yang dalam botol kecil. Murah sahaja cuma RM10=14 botol. Juga ada bam gamat asli langkawi.


0 comments:

Klik sini

Suci Dalam Debu - Iklim